Sunday, October 18, 2009

Happy Deepavali !!

17 October 2009 (Saturday) - Wishing Hindus Throughout The World A Very Happy & Prosperous Deepavali !!


Have fun and travel safe !!

Friday, September 18, 2009

Selamat Eidulfitri !!

Aidilfitri, 1 Syawal, 2 hari saja lagi. Semua umat Islam pasti sibuk dengan pelbagai persiapan. Sama ada juadah kuey raye, baju raye dan ntahpape lagi, termasuk la gua.

Yang pasti dan yang penting pada gua pasal raye ni ialah bermaaf-maafan. Lu orang ingat senang ke nk mintak maap tanpa sebab? Ataupun korang tawu korang bersalah pastu korang nk mintak maap, ingat senang ke? Cakap senang la, tapi nk buat tu kadang-kadang payah beb.

Jadi yang pasti gunakanlah kesempatan ini sebaik mungkin. Gua jugak ingin mengambil kesempatan ini untuk memintak maap andai gua ade terkasar bahasa, terguris hati, tersinggung, rase tak best ke ngan gua, gua mintak maap awal-awal. Halalkan makan+minum. Ok?!

Eratkan silaturahim antara sedare-mare, rakan-rakan dan sesiapa jua. Manfaatkan raye ni sebaik mungkin dan jangan sibuk beraye smpai lupe amal ibadah, ok. Elakkan pembaziran!

Selamat Hari Raye! Maap Zahir & Batin!

Monday, August 31, 2009

Merdeka !!!!

Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan, ape yang best sangat? Cuti!! Kena la plak tengah dalam bulan Ramadan, dapatlah berehat sikit.

Gua rase la kan, kalau buat survey tanye orang secara rambang, agak-agak diorang tahu ke tahun ini kemerdekaan negara kita yang ke berape? Itu mungkin diorang boleh agak-agak, tapi kalau tanye mereka apakah tema merdeka tahun ini? Gua pasti ramai yang tak tahu. Pasal ape tak tahu? Pasal tahun ni gua rase kempen sangat-sangat la kurang same macam tahun-tahun lepas.

Tapi tahun ni gua rase paling sunyi pasal malam merdeka langsung takde bunyi mercun yang gua dengar macam tahun-tahun lepas. Biasenye kalau ikut tahun-tahun dulu, 16 Ogos permulaan hari menyambut hari kemerdekaan dan masing-masing mula sibuk beli bendera, gantung pada kereta, motor, rumah, pejabat dan lain-lain. Dulu punye la semangat siap ade yang kene saman dengan polis tu, pasal pasang bendera banyak sangat pada kenderaan masing-masing untuk menunjukkan semangat patriotik mereka ataupun ingin muka mereka masuk dalam surat khabar.

Tapi sejak tahun-tahun akhir ni, semua semangat sedemikian hilang, ape kes? Nama pun kempen, biasenye pihak berwajib kasi la poster free ke, bendera free ke ape ke, ini tidak, disuruhnya orang ramai beli sendiri bende-bende macam itu. Tak dapatlah. Lagi satu, dah la tak nak sediakan barang-barang kempen sambut merdeka, iklan-iklan kat tv, radio, surat khabar pasal merdeka pun kurang sangat, ataupun macam hampir tak ada je?

Manelah orang ramai nak semangat sambut merdeka macam ni? Peraduan-peraduan mengenai kemerdekaan pun macam langsung takde. Ape cerita ni? Jadi pihak berwajib tak payah la asik nak salahkan orang ramai kalau tak kenal erti kemerdekaan dan bile time berkempen mengundi calon parti pandailah pulak sibuk berkempen macam tak cukup tanah pulak?

Kalau nak diikutkan alasan mungkin menghormati bulan Ramadan dan berjaga-jaga mengenai wabak Influenza A H1N1, tetapi sepatutnya banyak alternatif lain bagi menyemarakkan sambutan ini.

Kat sini gua bukanlah nak menyalahkan mana-mana pihak pun, sepatutnya orang yang bijak pandai tahu apa yang perlu dibuat bagi menyemarakkan sambutan merdeka ini. Ada sesetengah perkara beban perlu dipikul oleh orang ramai dan ade juga sesetengah perkara merupakan tanggungjawab pihak berwajib. Masing-masing ade peranan sendiri.

Sudah masuk ke-52 tahun kita sambut merdeka dan pengalaman bagi menyemarakkan lagi sambutan ini sepatutnya sudah lebih dari cukup. Apa gunanya pengalaman kalau kita sendiri tidak belajar darinya? Dan bagaimana agaknya sambutan Hari Merdeka pada 50 tahun akan datang?

"1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Sunday, August 23, 2009

Salam Ramadan 1430H

22 Ogos 2009 (1 Ramadan 1430) kini tiba lagi, bulan yang mulia ini semua umat Islam berpuasa disamping mempertingkatkan amalan ibadat yang sedia ada antaranya solat Terawih yang khusus hanya ada pada bulan ini.

Persiapan menyambut bulan Ramadan tahun ini sama seperti tahun-tahun lepas cuma yang bezanya mungkin sambutan agak berkurangan kerana sekarang satu dunia termasuklah Malaysia kini dilanda wabak selsema babi H1N1 yang agak aktif sejak beberapa minggu yang lepas. Maka semua orang disaran supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan pergi ke tempat-tempat awam dan tempat tumpuan orang ramai supaya dapat mencegah wabak tersebut dari terus merebak.

Antara kewajipan lain yang harus umat Islam buat pada bulan ini juga ialah dengan mengeluarkan zakat, sama ada fitrah mahupun harta. Di negeri Johor terdapat 2 kadar zakat iaitu RM5.00 dan RM7.00. Nilai ini mengikut 2 jenis beras yang lazim digunakan oleh masyarakat sekarang mengikut gred yang mahal dan gred yang murah. Nilai ini dibayar mengikut jenis beras apa yang diguna oleh individu tersebut.

Apa-apapun diharap dapat menunaikan kewajipan sebagai umat Islam sebaik mungkin disamping bulan yang mulia ini dan yang penting elakkanlah pembaziran serta gandakan amal ibadat sebaik mungkin. Insyallah. Selamat berpuasa!

Tuesday, August 18, 2009

Auto-Shutdown PC Software (DShutdown)

Software ni sangat simple dan agak menarik. Freeware - software percuma 100%. Walaupun saiz agak terlalu kecil dan merupakan stand-alone program (maknenya korang tak perlu nak install software ni, download je trus dah boleh pakai), tapi rasenye sangat penting pada waktu-waktu tertentu.

Pentingnya bile korang jenis suka tertido depan komputer, software ni bley kasi setting kasi pc korang shutdown (off) sendiri mengikut timer yang ditetapkan. Jadi dapatlah berjimat elektrik sikit.


Software ni jugak ade pelbagai kegunaan, antaranya set "Alarm". Biasanya kalau korang da mengadap internet atau main game ke ape ke, sure la berejam-jam sampai tak ingat masa, jadi ini la pentingnya alarm.

Dan ada jugak bahagian yang boleh detect LAN (Local area network), jadi kalau korang ade buat networking antara pc ke pc, korang boleh guna software ni sebagai remote, dan korang boleh kasi shutdown ke, restart ke, stand-by mode ke dari jauh jer. Bende ni penting kalau korang bukak cyber cafe, jadi setiap pc mane yang tidak diguna, korang boleh kontrol pc tuh dari pc utama sahaja.

Cara guna sangat senang, gua nak cerita kat sini pun tak tahu sangat pasal senang sangat, korang pasti boleh paham sendiri, kalau tak paham, meh tanye aku. Klik di sini untuk overview tentang laman rasmi software tersebut dan klik di sini untuk download. * Klik pada gambar untuk gambaran lebih jelas.

Pemergian Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani)

13 Ogos 2009 - seorang lagi anak seni telah kembali. Beliau antara yang terawal selain kumpulan Raihan bagi menyemarakkan syiar Islam dengan alternative lain iaitu nasyid dan melalui media massa serta dunia hiburan.

Kumpulan yang diketuai oleh beliau sering bergerak aktif dari awal kemunculan dan jika ada majlis-majlis mengenai agama yang disiarkan oleh tv atau media massa, beliau tidak terkecuali bagi memeriahkan majlis tersebut dengan kelunakan suara beliau. Kini hampir tibanya Ramadan, sudah pasti lagu-lagu nasyid akan sering dimainkan oleh pihak media dan kehilangan beliau pastilah amat terasa. Al-Fatihah!

Nisfu Syaaban

15 Syaaban 1430H - 5 Ogos 2009, setiap malam bagi menyambut kedatangan hari tersebut disertai dengan bacaan Surah Yassin 3X dan setiap antara bacaan tersebut disertai dengan doa yang berbeza. Biasanya dibuat selepas solat Maghrib. Pada malam tersebut semua buku amalan kita (muslim) diangkat dan disertai dengan buku amalan yang baru. Untuk keterangan lanjut, tentang peristiwa malam tersebut sila klik di sini.

Selamat Tinggal - Yasmin Ahmad

1 July 1958 - 25 July 2009, we have lost a great Malaysian n someone who greatly loves her country and those who live in it...

Setiap karya yang beliau hasilkan pasti mendapat sambutan, antaranya iklan sempena kemerdekaan. Dan setiap jenis karya beliau jugak aku dapat agak karya tersebut adalah dihasilkan oleh beliau pasal mempunyai identiti yang tersendiri.

Contohnya dalam filem yang beliau hasilkan, setiap scene atau babak-babak dalam filem tersebut mempunyai cara-cara mengambil gambar yang sepatutnya perlu ada dalam iklan tv, iaitu sarat dengan info yang tersurat supaya orang jelas memahami apa yang cuba disampaikan walaupun tidak mendengar dialog tersebut dan yang penting mempunyai maksud-maksud yang tersirat dan sangat jujur kerana beliau sering memaparkan tentang kisah kehidupan seharian kita.

Satu kehilangan bakat seni yang besar yang ada pada beliau.. Al-Fatihah

Monday, July 20, 2009

Malaysia XI vs Manchester United (football)

Malaysia XI vs Manchester United (2-3) 18 July 2009. Pada gua kire ok jer la team Malaysia boley dapat sumbat dua bijik walaupun kalah dengan Manchester United. Memang tak nafikan prestasi MU memang jauh beza ngan Malaysia.

Kat Facebook gua, ade diorang komen cakap "MU macam main sepak yem je"... pada gua macam betul jugak, tapi nama pun friendly.. kira ok je la tuh, lain r kalau rebut piala ke ape ke, sure la teruk kene tibai team Malaysia gua rase.. tapi takpe la.. gua tetap sokong Malaysia! sape lagi gua nak sokong kalau bukan negara dan bangsa gua sendirik?

Israk & Mikraj - 27 Rejab

27 Rejab Hijrah setiap tahun umat Islam mengingati hari tersebut mengenai peristiwa Israk & Mikraj. Setiap tahun jugak pada malam tersebut biasenye di masjid atau di surau pasti mengadakan majlis mengenainya.

Tajuk ceramah tetap sama seperti tiap-tiap tahun, ustaz tempat gua ade cakap kenapa tajuknya asik diulang-ulang.. beliau cakap "Kalau tak diulang-ulang seperti ini, nanti cerita ini takkan diingati pada masa akan datang.." .. gua fikir-fikir balik.. betul jugak.

Wednesday, July 8, 2009

Michael Jackson Memorial

Michael Jackson Memorial - Live Stream from the Staples Center, July 7th, 2009 (12:55PM ET/9:55AM PT).

Gua baru lepas lepas tengok live broadcast dari www.HULU.com. Setakat ni, inilah antara majlis peringatan bagi pengebumian terbesar yang dilakukan. Ape taknye, hampir semua stesen Tv + Radio + Internet menyiarkan rancangan siaran langsung yang sama beb. Sama hebat macam siaran langsung Sukan Olympic!

Antaranya yang buat persembahan ialah Stevie Wonder, Mariah Carey, Jennifer Hudson, Lionel Richie, John Mayer dan Usher. Tak ketinggalan jugak antara yang beri sikit ucapan seperti Magic Johnson, Brooke Shields dan ramai lagi. Kat sini gua ade post gambar-gambar yang sempat gua rakam semasa live broadcast, sila klik pada gambar untuk gambaran lebih jelas.




P/S: Cume gua agak pelik kenapa Lionel Richie boleh nyanyi lagu pasal "Jesus" dan majlis agak tak brape nampak "keislaman" walaupun dalam surat wasiat Micheal Jackson sudah ada mengatakan supaya mengadakan upacara mengikut cara Islam. Hmm ??

May rest in peace !!

Sunday, July 5, 2009

Perspektif gua tentang Industri Perfileman tempatan dan pembaharuan

Kali ini gua ade beberapa pandangan mengenai industri perfileman tanah air, topik-topik macam ini gua pasti ramai antara lu orang dah biase dengar. Bende-bende macam ni biasenya korang berbual semasa kluar dengan kawan-kawan, bersembang kosong di kedai mamak dan perkara ini jugak jarang diketengahkan secara serius oleh pihak media yang pada gua ade sesetengah perkara ini sangat berguna kepada umum.

Akhirnya apa yang berlaku dan gua selalu dengar dari media massa, surat khabar, radio ataupun televisyen ialah rungutan-rungutan dari para artis ataupun persatuan mengenai industri ini yang kian kurang ditonton oleh masyarakat sendiri.

Dalam filem-filem atau drama-drama tempatan mesti ada bende ni. Antara babak-babak standart yang biase ada:

1. kalau nak minum mesti nak order air "fresh orange".
2. babak semasa makan mesti nak ada
3. watak utama mesti nak hensem + jambu walaupun berlakon tak seberapa.
4. pelakon utama mesti nak kaya, kalau ada syarikat pun jawatan mesti nak CEO, takde nak jawatan pengurus cawangan ke, penyelia pemasaran ke.., syarikat tu mesti ade bangunan sendiri, projek mesti nak berjuta-juta, ribu-ribu mane main.
5. watak awek-awek berebutkan pakwe hensem pon macam sangat penting, awek-awek mesti nak cun, tak pandai berlakon sangat pun takpe, janji cun
6. kalau yang pegang watak orang kaya biasenye mesti memainkan peranan bongkak dulu, cerita da nak abes baru la nak insaf menangis-nangis
7. kereta kancil jarang kelihatan padahal itulah antara kenderaan terbanyak di sini
8. penyakit orang kaya mesti nak barah otak, sakit jantung, penyakit yang kos rawatannya mahal-mahal lah senang cakap, sakit kencing manis + darah tinggi yang biase kita dengar mane ade kluar kat tv beb?
9. kalau dah sakit masuk hospital, mesti hospital pakar dan ade bilik rawatan sendiri, mane nak campur dengan pesakit-pesakit dalam wad yang lain walaupun kadang-kadang si watak cerita tersebut bukanlah kaya mana pun
10. watak orang tua pulak, kadang-kadang bukannye orang tua betul, ini guna orang muda atau tak berape nak tua sangat dikasinya mekap-mekap tua, rambut kasi kaler uban, pakaian mesti nak buruk-buruk sket dan gua sendiri tengok kelihatan agak mengarut. patut guna aje lah pelakon-pelakon veteran dan sampai gua dengar ramai pelakon veteran susah nak cari rezeki dalam industri perfileman sekarang, ape kes?
11. babak bergaduh kebanyakkannye mesti serabai, tak real beb!
12. watak-watak hantu perempuan kelihatan cun + ghairah, terlalu lama ditayangkan (bila hantu dah lame sangat muncul di screen, bile 2nd time muncul, kelihatan tak berapa menakutkan sangat)

Sebenarnye banyak lagi dan gua tak payah nak sebut semua pasal gua rase lu orang sendiri pasti lebih banyak lagi idea daripada gua yang boleh ditokok tambah.

Gua rasela, sepatutnya pihak yang terbabit mengambil contoh dari filem terdahulu seperti filem-filem zaman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang tak bosan diulang tayang, dan juga filem-filem terbaik dari luar negara pada zaman sekarang. Pada gua tak salah kalau nak tiru cara diorang nak mengambil gambar, mengedit video?

Elemen-elemen yang gua rase patut diperbaiki ialah seperti:

1. Cara mengambil gambar (sudut-sudut gambar menarik, sudut dekat + penataan cahaya)

2. Cara mengedit gambar, kira macam jaga timing antara gambar-gambar yang keluar. Contoh ketika babak aksi, pertukaran gambar perlulah pantas dan dapat lihat scene-scene yang menarik dengan dekat dan mencemaskan, perlu juga terapkan scene "slow-motion" untuk part yang menarik (seperti terjun dari bangunan, kereta tercampak, peluru pistol ditembak). Kalau babak seram pulak, timing semasa hantu keluar, babak terkejut perlulah set dengan cun + ngam-ngam, biar kasi orang rase betul-betul terkejut semasa pertukaran gambar (semasa hantu muncul).

3. Kedudukan pelakon semasa beraksi, bende ni diselia oleh "Choreographer". Bende ni sangat penting semasa melakukan babak aksi supaya babak tersebut menjadi seperti "real" + berkesan dan gambar dapat diambil dengan sudut-sudut yang menarik.

4. Suara dan bunyi-bunyian. Elemen ni jugak sangat penting sebenarnya walaupun nampak macam takde ape sangat tapi sebenarnya sangat penting untuk diteliti, contoh seperti bunyi pensil terjatuh, bunyi break kereta, bunyi tombol pintu yang kadang-kadang nampak macam simple tapi sebenarnye bunyi macam ini sangat membantu situasi yang berlaku semasa memberi maksud sesuatu gambar yang diambil.

Di barat, mereka menggunakan teknologi bunyi ini dengan berkesan supaya dapat merasakan kegunaan sebenar speaker-speaker yang mereka cipta. Muzik juga perlu yang bersesuaian bagi membantu menghidupkan sesuatu "feel" yang cuba diterangkan semasa dialog ataupun gambar yang diambil.

5. Dialog. Penggunaan dialog jugak sangat penting, dan perlulah dimampatkan lagi penggunaan tersebut dan kurangkan menayangkan scene-scene yang tidak memberi makna.

Antara perkara lain yang gua rasa patut diwujudkan atau dibangunkan dengan berkesan:

1. Penggunaan CGI - bende ini mungkin macam baru di sini dan masih sangat kurang dipraktikkan walaupun sudah ada yang cuba membangunkan bende ini. Cgi ini juga dikenali sebagai "screen hijau" di barat dan cgi ini juga merupakan teknik pertindihan gambar.

Penggunaan cgi ini sangat meluas di barat kerana sangat menjimatkan kos dan menarik kegunaannya. Teknik ini biasenye hanya dilakukan dalam studio. Secara tak langsung dapat mengurangkan kos penerbangan, kos minyak, kos penginapan dan menjimatkan masa. Mungkin ramai yang menganggap cgi ini perlukan kos yang sangat tinggi tapi sebenarnya tidak.

Jika korang memahami sebenarnya teknik dan konsep cgi, korang pasti memanfaatkan teknik ini sebaik mungkin. Cume bagi melaksanakan teknik cgi ini, korang cume perlu menyewa studio yang lengkap dengan kemudahan tersebut dan studio jenis ini agak sukar dicari disini (mungkin boleh bina sendiri studio ini) dan juga memerlukan kemahiran dan kekreativitian yang tinggi.

2. Skrip dan jalan cerita - biasenye setiap filem tempatan yang baru keluar semuanya berdasarkan daripada skrip yang baru ditulis. Kalau betul-betul menarik tak apa, tapi kalau tak menarik? Gua tengok kebanyakkan filem dari barat yang berjaya banyak berdasarkan daripada novel-novel (sama ada novel tulisan ataupun novel graphic) ataupun daripada komik-komik.

Dan ini juga secara tak langsung membantu para karyawan (penulis) yang memerah otak menghasilkan penulisan dan cerita-cerita yang menarik mengenai novel mereka. Imaginasi mereka kadang-kadang lebih baik dan cerita-cerita yang dikarang sangat bermakna, dan padat dengan isi. Mengapa tidak saja menerbitkan filem berdasarkan cerita novel ataupun komik seperti yang sering dilakukan negara lain? Secara tidak langsung ini juga menggalakkan tabiat membaca dikalangan masyarakat. Dan juga masing-masing dapat bekerjasama walaupun dari bidang yang berbeza.

3. Tema filem - kebanyakan cerita filem-filem sekarang mengenai cinta + jiwang dan mengenai masalah sosial masyarakat. Mungkin filem mengenai cinta hanya menggunakan kos yang rendah, tidak banyak aksi dan target market diorang adalah budak-budak yang bercinta (antara tabiat budak tengah bercinta dah tentu tengok wayang), dan cerita tentang masalah sosial pula mungkin memerlukan kos yang agak tinggi sedikit kerana ada babak aksi dan memerlukan kos-kos kalau ada part-part yang pecahkan barang.

Tetapi kenapa perfileman kita terlalu fokus mengenai tema ini? Mungkin antara sebab utama ialah target market dorang. Duit-duit jugak tapi kalau bende tersebut kurang memberi manfaat pada masyarakat tak guna jugak walaupun filem tersebut masih ada pengajaran dan teladan tetapi jangan lupa filem jugak memberi pengaruh yang besar terhadap masyarakat.

Sebagai contoh, kenapa di barat selalu ade filem tentang superhero ataupun peperangan? Apa yang tersurat kita nampak dah tentulah filem tersebut banyak aksi dan sudah tentu filem aksi mereka menarik kerana mereka bijak menggunakan teknologi yang sedia ada sebaik mungkin. Dan maksud yang tersirat, secara tidak langsung mereka menggalakkan masyarakat mereka agar dapat berangan nak jadi macam superhero tersebut supaya dapat berfikir dengan bijak, kreatif, dan gagah. Dan superhero sudah tentu mempunyai badan-badan yang tegap dan ini menggalakkan masyarakat mereka mengamalkan cara pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Filem mengenai polis kejar penjahat dengan menggunakan peralatan yang canggih dan muslihat yang menarik dan ini mengajar masyarakat mereka supaya dapat hidup berdisiplin dan patuh kepada undang-undang. Mereka menggunakan kerjasama FBI, CIA dalam pembikinan filem supaya dapat mengatasi masalah-masalah sosial yang melanda di negara mereka.

Mereka sedar mengenai pengaruh besar filem terhadap masyarakat, dan lumrah manusia pula ialah kuat berangan. Jangan nak tipu la kalau takde berangan-berangan ni. Dan yang pasti apabila keluar dari filem yang menarik, tersentuh hati sama ada cerita jiwang atau aksi sudah tentu korang berangan nak jadi salah satu daripada watak filem tersebut, kan?

Jadi kenapa para karyawan perfileman kita tidak cuba membuat pembaharuan dan mempelbagaikan mengenai tema filem yang disamping itu dapat membina pengaruh masyarakat dalam membina sebuah masyarakat yang lebih bertamadun dan berilmu pada masa yang akan datang? Dan filem-filem yang memaparkan gejala sosial yang secara tersuratnya kononnya berunsur teladan dan nasihat tetapi apa yang tersiratnya semakin menggalakkan perkara tersebut? Dan jangan lupa mengenai pengaruh filem cinta yang tersiratnya juga mungkin menggalakkan hubungan bebas antara lelaki dan perempuan dan itu sebenarnya adalah bukan budaya yang sering kita laung-laungkan. Budaya ketimuran?

4. Animasi filem - bende ni kurang aktif di sini, yang popular stakat ni Upin & Ipin. Mane perginye graduan jurusan animasi + graphic + multimedia?

Akhir kata dari gua,

Gua kat sini sebenarnya bukanlah nak kritik sangat industri perfileman kita, cume gua rasa perlu ada pembaharuan. Dan kritikan sangat penting bagi membina usaha sesorang, tanpa kritikan, orang tersebut tak tahu beb kesilapannya. Betul? Pasal gua masih sayangkan industri kita sebab tulah gua rase gua patut tulis-tulis bende macam ini dari perspektif gua. Ape pulak perspektif lu orang?

Filem-filem jenis jiwang+cinta+masalah sosial pada gua bukan teruk mana pun, yang tersirat masih ada yang bagus, cume bile kerap sangat tema macam ni, bosan jugak beb. Dan mutu keseluruhan filem perlulah diteliti + diperbaiki dengan serius dan diambil berat (tak semestinya kos mahal). Filem yang bermutu tak bosan beb diulang tayang banyak kali.

Gua takdela nak bangga sangat dengan filem dari negara barat atau negara lain, gua bangga jugak sesetengah filem dari negara kita yang ada sekarang ni, cume gua rase apa yang baik kita patut ikut dan apa yang kurang baik patut kita jadikan sempadan. Dan gua amat berharap filem-filem negara kita boleh maju dan tiada lagi rungutan-rungutan dari para artis, karyawan mahupun persatuan dari perfileman pada pada akan datang. Peace !!